Tanggal 27 Okt 2006 adalah tarikh keramat bagi Sekolah Menengah Bukit Tunggal Kuala Terengganu di mana beberapa bekas pelajar sekolah terbabit secara tidak rasminya telah menubuhkan satu kelab bekas-bekas pelajar untuk sekolah terbabit.
Mereka terdiri daripada bekas-bekas pelajar pada tahun 1999. Di mana mereka ini sudah mula berkejaya dan ada yang telah berjaya di menara gading. Tidak ketinggalan juga ada diantara mereka yang sudah mendirikan rumahtangga. Berkat semangat setia kawan mereka masih lagi berhubung. Namum itu hanya mengikut kelompok masing-masing. Maka dengan itu salah seorang bekas pelajar sekolah ini telah mengambil keputusan untuk mengumpul semula bekas-bekas pelajar Sekolah Menengah Bukit Tunggal yang telah tamat pengajian mereka pada tahun 1999.
Sebagai permulaan salah seorang dari bekas pelajar ini telah mengambil insentif beliau sendiri dengan menghubungi seberapa ramai yang mungkin dan mengadakan perjumpaan buat pertama kali setelah hampir 6 tahun tidak berjumpa. Bertempat di KFC Batu Burok, seramai 16 orang bekas-bekas pelajar sekolah telah berjaya dikumpulkan dalam usaha ini. Walaupun angka tidak seramai mana tetapi ini adalah satu titik permulaan yang baik. Usaha ini juga mendapat sokongan dari Guru sekolah tersebut. Hasil dari perjumpaan tersebut mereka yang hadir setuju dengan penubuhan Kelab Bekas-Bekas Pelajar SMKBT 99' ini. Daripada perjumpaan ini juga mereka yang hadir bersetuju bahawa perjumpaan sebegini patut diadakan setahun sekali bagi mengeratkan lagi silatulrahim.
Tujuaan website ini pula adalah sebagai medium bagi bekas-bekas pelajar SMKBT berkomunikasi sesama sendiri. Di zaman yang serba canggih ini adalah wajar untuk kita menggunakan segala teknologi yang tersedia. Malah ramai di antara mereka telah celik IT dan ini juga salah satu usaha untuk memahirkan mereka dalam dunia IT ini. Semoga dengan adanya website ini dapat lah kita mengumpul lebih ramai bekas-bekas pelajar dari Sekolah Menengah Bukit Tunggal.
Sekian Terima Kasih
Sebarang pertanyaan/cadangan boleh email kepada : smkbt99@gmail.com

No comments:
Post a Comment