Tuesday, December 19, 2006

Sek Men Bukit Tunggal di alam cyber

Di era yang serba canggih ini ramai diantara kita sering menggunakan enjin pencari atau pun dalam Bahasa Inggeris Search Engine bagi mencari maklumat. Yahoo atau pun Google sebagai contoh enjin yang dapat membantu kita mencari maklumat di alam cyber. Penulis cuba menggunakan servis ini dengan cuba mencari Sekolah Menengah Bukit Tunggal. Di bawah adalah beberapa website yang menarik yang banyak menceritakan tentang sekolah kesayangan kita.



http://nuranismkbt.tripod.com/index2.htm
Website ini memberitahu bahawa ini adalah Laman web rasmi bagi Sek. Men. Bukit Tunggal. Informasi yang terdapat agak menarik tetapi kali terakhir laman web ini dikemaskini adalah pada tahun 2001.




http://www.geocities.com/itclubsmkbt/laman.htm
Laman web bagi Kelab IT SMKBT (dulu dikenali sebagai Kelab Komputer). Saudara Habil pernah menjadi Setiausaha bagi Kelab ini. Tempat beliau ponteng solat ni....hehe.
Canggih sungguh laman web ini. Tetapi lagi sekali kali terakhir dikemaskini adalah pada tahun 2001.




http://www.kawanaku.com/classmainpage.php?classid=7681
Laman web mencari kawan-kawan lama. Dimana di sini kita boleh mencari bekas-bekas pelajar dari sekolah yang pernah kita pergi. Sebagai contoh Sek. Men. Bukit Tunggal. Terdapat beberapa wakil tetapi berlainan tahun. Nasuha Bidin adalah satu-satu nya wakil untuk tahun 1999. Penulis cuba menghubungi saudari Nasuha tetapi gagal.


Apa yang hendak disampaikan di sini adalah tanpa sokongan dan juga semangat daripada saudara/saudari laman web ini mungkin akan berkubur juga akhirnya sama seperti laman-laman web yang saya paparkan di atas ini. Oleh sebab itu diharapkan agar saudara/saudari sekalian berkerjasama bagi memberitahu rakan-rakan atau kenalan-kenalan yang lain mengenai laman web ini.

Sekian Terima Kasih

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Salam buat cikgu asmah, ustazah engku dan lain2 cikgu...
Daus dari kelas 3 Lestari...
Jom ke blog Daus...link adew kat bawah ni:::~

http://daus.via.my
http://dauscyber.via.my